Cara Nak Dapatkan REPORT CTOS dan CRISS secara online

Posted by Admin on 22:55:00

Macam mana nak tau nama kita ni dah di Blacklist CCRIS dan CTOS ? Senang jer boleh wat semakan secara Online. 

NaK TAU CARA DIA.. nantikan saya terangkan pastu buat SENDIRI!!!

Kalau siapa-siapa yang biasa buat pinjaman dengan bank, lepas tu bank cakap tak lepas sebab ada CTOS la, CRISS la, sedangkan  kita tak tahu pun yang nama kita dah di blacklist.  Boleh lah buat semakan melalui CCRIS dan CTOS.  Sebab mana-mana bank dan institusi kewangan akan guna dua platform tu sebagai salah satu cara buat semakan kredit nak tentukan pinjaman boleh diluluskan atau tidak.

Sebelum tu .....
Apa itu CCRIS?

    CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Satu sistem yang mengumpul kesemua maklumat mengenai segala macam pinjaman yang dari semua institusi kewangan dan bank dan maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS ini dikawalselia oleh BNM bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

Apa itu CTOS?

    CTOS merupakan sebuah agensi  pelaporan kredit  yang membangunkan satu sistem untuk  yang merekodkan status kredit individu . Mana-mana pemberi kredit yang telah menyenaraihitam pelanggan mereka disebabkan masalah tunggakan atau ingkar dalam membuat bayaran akan mendaftarkan nama pelanggan itu di dalam CTOS. Maklumat pelanggan ini boleh disemak  oleh pemberi kredit lain dalam membuat penilaian pinjaman. 


Jadi Macam mana ....

Caranya Nak Dapatkan Laporan CTOS, 

1.      1.  Layari laman web CTOS HOLDING SDN BHD klik Sini Untuk ke website CTOS/

2.      2.  SIGN UP sebagai user (butang signup ada kat ATAS SEBELAH KANAN)

a. Isikan maklumat yang diperlukan n anda perlu upload salinan IC masa pendaftaran ni. Jadi  pastikan standby dengan salinan IC

Setelah CTOS ID Pengguna diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana jua melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS. ADA SOFTWARE DALAM GOOGLE PLAY n APPLE STORE



Cara Nak Dapatkan Laporan Kredit CRISS

Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di seperti berikut:

Sila klik klik sini untuk ke website CRISS dan Ikuti langkah-langkah dan panduan seterusnya di laman web tersebut. 

ataupun ikut Langkah ni...
 1.   Download Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman  di laman sesawang creditbureau.bnm.gov.my atau klik di sini untuk muat turun borang [PDF, 26K]

 2.  Pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:


            BNMTELELINK
            LINK dan Pejabat Wilayah
            Tingkat Bawah, Blok D
            Bank Negara Malaysia
            Jalan Dato' Onn
            50480 Kuala Lumpur
            No Faks: +603 2174 1515
            E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

 Harap Info ni Dapat Membantu..